Kesungguhan kerajaan negeri dibawah kepimpinan YAB Tuan Guru Menteri Besar melaksanakan berbagai program kearah pembentukan syakhsiah dan akhlak serta penekanan terhadap akidah yang tidak putus-putus daripada Kerajaan Negeri telah membuahkan hasil,sehingga Kelantan diumumkan oleh Datuk Seri Jamil Khir Baharom satu-satunya negeri di Malaysia yang sifar murtad.
Murtad satu kesalahan yang besar dalam Islam sehingga boleh dihukum bunuh sekiranya enggan bertaubat.Khalifah Ar-Rasyidin Abu Bakar As-Siddiq ketika mengambil alih kepimpinan umat Islam pertama dilakukan ialah memerangi golongan murat sebelum mengurus hal-hal lain.
Murtad atau meninggalkan Islam berlaku sepanjang zaman,hanya melalui kaedah-kaedah tertentu ia dapat dibendung. Selainnya setiap individu muslim wajib menerima pendidikan Islam yang semaksimal,peranan penguasa yang menjadi pemerintah negara-negara umat Islam juga menyumbang kepada berkurangnya kadar kermertadan berlaku.Baru-baru ini di Malaysia,kita dikejutkan dengan kenyataan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Jamil Khir Baharom berhubung statistik bilangan permohonan murtad diseluruh negara dan jumlah bilangan permohonan yang telah diluluskan dari tahun 2000 hingga 2010.
Apa yang menarik ialah daripada 863 orang permohonan yang direkodkan itu,Kelantan muncul sebagai satu-satunya negeri yang langsung tidak tidak mempunyai rekod permohonan untuk murtad dari kalangan umat Islam dinegeri ini sepanjang timpuh tersebut.
Negeri yang mencatat jumlah tertinggi murtad ialah di Sabah,diikuti negeri Sembilan,Selangor,Kuala Lumpur.Johor dan lain-lain.
Umum melihat,kesungguhan kerajaan negeri bawah pimpina YAB Tuan Guru Menteri Besar melaksanakan pelbagai program kearah pembetukan syakhsiah dan akhlak serta penekanan terhadap akidah yang tidak putus-putus oleh Kerajaan Negeri telah membuahkan hasil, sehingga Kelantan satu-satunya negeri di Malaysia yang sifar murtad.
Oleh itu,umat Islam Kelantan melahirkan rasa syukur khadrat Allah SWT kerana dengan rahmatNya umat Islam dinegeri ini terhindar dari murtad,juga setinggi-tinggi tahniah kepada Kerajaan Negeri Kelantan dengan kejayaan mengekan gejala murtad yang sedang melanda negara dari tersebar ke negeri ini.
Dari aspek yang lain,kita melihat bahawa ini ada hubung kalit dengan kejayaan dasar "Membangun Bersama Islam" yang diperkenalkan oleh Kerajaan Negeri Kelantan semenjak tahun 1999.
Nota: Kelantan Sifer Murtad
Dicopi daripada Buletin Kelantan Darulnain.
Jasin,Melaka.(4 Januari 2013)
No comments:
Post a Comment