Wednesday, 24 April 2013
Budi Yang Baik Dikenang Jua.
Pada 24 April 2013 antara jam 6.20pm saya menerima panggilan dari sesorang yang belum saya kenali pada mulanya,suara itu bertanya "ini dimana?"jawab saya di Jasim Melaka,"boleh saya bercakap dengan Wan Omar" jawab saya "saya Wan Omar" dan kedengaran suaranya seakan-akan menangis,beliau bewrkata"saya Mohamad Said pekerja LLN @TNB" jawab saya "oh Mohamad yang main sepak takraw" katanya lagi "ya" Kami telah berpisah semenjak 1978 apabila saya ditukarkan balik ke Kota Bharu,berarti sudah 35 tahun kami tidak bertemu atau menanya khabar.
Sebenarnya Encik Mohamad Said berkerja dengan TNB yang dibawa masuk oleh saya,kerana pada masa itu saya sebagai Setiausaha Kelab Kilat Kuala Trengganu,ingin pemain sepaktakraw yang menjadi aktiviti tahunan di Kejohanan Sepak Takraw LLN kawasan timur,antara pasukan Kota Bharu,Kuala Trengganu,Kuantan dan Raub.Yang menjadi Johan akan mewakili pantai timur, ke kejohanan sepak takraw LLN seluruh Malaysia.
Inilah yang dikatakan setiap budi yang baik kita berikan akan dikenang jua, walau dalam keadaan apa sekali pun.
Saya bercadang ke Kuala Trengganu untuk bertemu dengan kawan-kawan lama semasa saya berkerja disana dari tahun 1969 sehingga tahun 1978,InsyaAllah jika dipanjangkan umur dan diberikan kesihatan yang baik saya akan kesana.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment