Pegawai Pemerintah Skudron No.12 Pengkalan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDN) Butterworth,Meja Zaidi Ahmad telah membuat lapuran Polis,bahawa dakwat kekal yang digunakan oleh Suruhanjaya Pilihan Raja Malaysia (SPR) tidak tahan lama dan mudah tanggal apabila dibasuh.
Disebabkan lapuran itu beliau telah diturunkan pangkat dan ditukar serta merta ke Kuala Lumpur.Pak Wan tidak hendak sentuh atas pertukaran beliau,hanya untuk menyatakan sokongan atas kenyataannya yang dibuat dakwat kekal sebenarnya tidak kekal mudah tanggal apabila dicuci.
Pada jam 9.30am saya mengundi diDUN Rim dan Perlimen Jasin,tempat mengundi dibala raya Seri Kesan.Selepas menggundi saya kemajlis kahwin di Taman Seri Rembau,sedang Pak Wan makan ada seorang datang duduk dihadapan saya bertanya "dah mengundi" "dah" jawabnya,saya terus bertanya "tak ada bekas dakwat" "saya dah balik rumah dan cuci dengan menggunakan sabun membasuh mudah hilang" katanya.
Pada jam 2.15 saya sampai dirumah sambil mandi dan mengambil air sembahyang,Pak Wan cuci jari ditelunjuk kiri yang disapuh dakwat kekal dengan menggunakan sabun basuh betul-betul senang boleh hilang.Dakwa Meja Zaidi Ahmad adalah benar tidak yang tidak benar melainkan benar.
Ini adalah satu lagi pembazilan yang dilakukan oleh pemerintah,berjuta-juta RM wang rakyat di keluarkan tidak memberi manafaat sapertimana yang dikehandaki.
Pengurusi SPR telah mengulas apa yang dilapurkan oleh Meja TUDN dakwat itu sebelum digunakan hendaklah digoncang terlebih dahulu,itu lapuran pada 30hb April 2013,hari ini 5hb Mei 2013, tentunya kakitangan SPR dah tahu dan faham dakwat itu terlebih dahulu hendaklah digoncang.Maka mengapa ianya masih boleh hilang setelah dicuci?
No comments:
Post a Comment