Tuesday, 7 May 2013

PRU 13 Dah Selesai Tapi Belum Mutamat.

Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat (PKR) menyatakan pilihan raya (PRU 13) sudah selesai dijalankan pada 5 Mei 2013 tetapi belum lagi mutamat kerana terdapat beberapa kepincangan yang berlaku semasa pembuang undi dijalankan. Oleh itu PKR  bercadang akan dibawa kepengadilan dalam masa 21 hari selepas diistihar keputusan PR tersebut.

Kepincangan yang dikatakan itu antara lain ialah:Pengundi warga asing,memberi sogokan kepada pengundi,dakwat kekal yang tidak kekal,pengundi hantu,nama pengundi dipindah kelain tempat tampa pengtahuan tuan yang ampunya diri,cuba membawa keluar peti undi oleh kakitangan SPR  dan banyak lagi akan didedah dimakhamah nanti.

Perjalanan pilihan raya kali ini yang terburuk dalam sejarah PR di M'sia sapertimana kata pepatah melayu "harapkan pagar, pagar yang makan padi" Kakitangan SPR yang diamanah menjalankan tanggongjawab bersekongkong dengan UMNO/BN menjalankan penipuan.Video menunjukkan peti undi hendak dibawa lari,telah dapat ditangkap oleh rakyat dengan nombur pendaftaran kereta ditunjukkan.

Rakyat M'sia inginkan satu pemilihan raya yang adil,bersih, tulus dan tidak rasuah dan terdapat beberapa video yang diambil melalui talipon mudah alih,bagaimana seorang makcik pergi ke Pejabat UMNO Baling,untuk menuntut wang yang dijanjikan oleh pihak tertentu dalam UMNO supaya mengundi UMNO/BN,






No comments:

Post a Comment