Kawan bermacang ragam,ada kawan semasa senang dan apabila dalam kesusahan kita tidak diperdulikan lagi. walaubagai mana pun saya merasai amat bertuah kerana terdapat kawan-kawan yang menanya khabar dan bersempati atas penyakit yang saya hadapi.
Terdapat adik beradik saudara mara dan kawan-kawan dari Kota Bharu,Kuala Lumpur, Kuala Trengganu dan Kedah datang melawat sambil berdoa dan memberi perasaan supaya saya cekal mengadapi ujian Allah swt. Terdapat beberapa kawan lama semasa diKuala Trengganu datang melawat,termasuk Tuan Haji Abiddin Abdullah dan Tuan Haji Mohamad Said.Pada awal Septembar 2013,terdengar berita menyatakan Tuan Haji Mohamad Said disyaki oleh Dr menghidapi sakit jantong. Dengan itu saya berbincang dengan isteri untuk pergi ke Kuala Trengganu.
Pada 19 Septembar 2013 selepas selesai menjalani hemodialysis di Hospital Pantai,Air Keroh,Melaka.Lebih kurang jam 12 tengah hari kami bertolak ke Kuala Tergganu dan menginap diKuantan pada malam itu,dek keletihan isteri memandu seorang diri.Pada 20 Septembar terus bertolak ke Kota Bharu,untuk dialysis pada 21 & 22 Septembar.(Oleh kerana tempat untuk dialysis di Kuala Trengganu tidak ada kekosongan.)
Pada 23 Septembar 2013 kami berlepas ke Kuala Trengganu,tinggal di Hotel Grand Continental.Kami diberi discount saparoh bayaran apabila isteri menunjukkan kad pesara kakitangan kerajaan.Pada malamnya kami jemput kawan-kawan kehotel penginapan,melalui telipon dan dibantu oleh Tuan Haji Abiddin Adullah (pesara LLN/TNB) kebanyakan no telipon kawan-kawan ada padanya.
Kehadian kawan-kawan dan anak buah Pak Wan pada malam itu lebih kurang 30 orang,kami sediakan jamuan untuk mereka di hotel penginapan dan pada pagi 24 September 2013 sebelum bertolak balik ke Melaka,kami didatangi beberapa lagi kawan,setelah beramai-ramai kededai mengambil sarapa pagi dan jam 10.30am baru kami dapat berlepas kerumah dan sampai tepat jam 6.00petang.
No comments:
Post a Comment